Kursus Latihan Pengendalian Makanan Sesi 1 - Mac 2026

8 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac, hari Sabtu — seramai tujuh orang peserta tempatan telah menyertai Kursus Latihan Pengendali Makanan yang berlangsung di NADI Bengoh pada Sabtu bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Kursus selama tiga jam ini dianjurkan dengan kerjasama NZ Bunga Venture dan diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai amalan pengendalian makanan yang selamat dan bersih bagi memastikan tahap kebersihan makanan sentiasa terjaga, terutamanya bagi mereka yang terlibat dalam penyediaan dan penjualan makanan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mempelajari pelbagai aspek penting seperti kebersihan diri pengendali makanan, kaedah penyimpanan bahan mentah yang betul, serta langkah-langkah pencegahan pencemaran makanan. Selain itu, peserta turut dimaklumkan tentang kepentingan memiliki sijil pengendali makanan yang sah seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selepas tamat sesi kursus, program diteruskan dengan Saringan Kesihatan Percuma yang dijalankan oleh petugas NADI Bengoh kepada para peserta dan komuniti setempat. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Penganjuran program seperti ini diharap dapat membantu masyarakat setempat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pengendalian makanan di samping meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali